Tuesday, April 30, 2013

[Malay] Automatic Enforcement System / Sistem Penguatkuasaan Automatik AES in Malaysia

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah sistem tidak adil yang bertujuan untuk mengkayakan kroni Barisan Nasional (BN) sahaja tetapi rakyat terpaksa menanggung derita menjadi mangsa.


AES bukanlah dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia ataupun Jabatan Pengangkutan Jalan tetapi oleh 2 syarikat swasta dengan konsep merakam dan memberi saman bernilai RM 300 kepada pesalah trafik. Untuk setiap saman trafik, syarikat swasta ini akan mendapat komisen. Lebih bayak saman dikeluarkan, lebih banyak komisen diterima.

Tambahan pula, had laju di sesetengah tempat ditetapkan serendah 30km/jam, ini bermakna penunggang basikal juga berpeluang menerima saman AES!

Ketika rakyat sudah hidup sengsara akibat inflasi yang tidak terkawal, kini pula mungkin menghadapi kemungkinan bila-bila masa akan menerima saman AES , akhirnya hanya kroni sahaja yang bertambah kaya.

Keempat-empat negeri Pakatan Rakyat telah menangguhkan pemasangan AES, bahkan berhasrat untuk memansuhkan AES apabila berjaya membentuk Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya ke-13 nanti demi kepentingan rakyat jelata!

Tolakkan AES, Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!


No comments:

Post a Comment